CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 16, 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum kepada semua muslimin  dan muslimat yang masih bernafas di muka bumi ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan penunjuk dan rahmatnya , buat julung2 kalinya, saya berjaya melahirkan blog sulung saya. Sebagai mukadimah kepada permulaan penulisan blog saya ini, ingin saya berkongsi tentang  tajuk kita pada mlm ini iaitu mengenai niat. Macam nak bagi ceramah la pulak kan..hehe...ini adalah petikan daripada sebuah hadis



Setiap amalan bergantung kepada niat
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.
Maksudnya:
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Penerangan:
1. Hadith ini merupakan antara landasan utama agama islam, di mana setiap amalan yang dilakukan mestilah disertai dengan niat bagi orang yang berakal dan boleh membuat pilihan.


2. Amalan yang diniatkan kerana Allah dan hari akhirat, hasilnya tetap akan diperoleh.Tetapi jika diniatkan untuk dunia, itu sajalah yang akan diperoleh.


3. Amalan akhirat yang diniatkan untuk dunia, tiada ganjarannya untuk akhirat.


4. Wajib mengikhlaskan niat kerana Allah SWT. Tiada amalan yang diterima melainkan jika diniatkan kerana Allah SWT.


5. Dua syarat sesuatu amalan diterima ialah ikhlas dan bertepatan dengan sunnah. Ikhlas ialah membersihkan amalan daripada melakukannya kerana mahkluk.


6. Niat ialah neraca amalan batin. Manakala ketepatan amalan dengan sunnah adalah neraca amalan zahir.


7. Nabi SAW mengemukakan perumpamaan bagi amalan yang ditujukan kerana Allah SAW dan yang ditujukan kerana selain Allah dengan yang berhijrah , dimana:
  • Sebahagian orang berhijrah dan meninggalkan negerinya untuk mencari keredhaan Allah SWT. Orang sebegini mendapat ganjaran yang sempurna dan mendapat perkara yang diniatkan.
  • Sebahagian orang berhijrah untuk tujuan duniawi, umpamanya orang berhijrah dari daerah islam ke daerah kafir untuk mencari harta, atau untuk mancari wanita kerana ingin berkahwin dengannya. Orang sebegini berhijrah bukan kerana Allah SWT.
8. Manakala berhijrah dengan ertikata berpindah dari daerah kafir ke daerah islam tertakluk kepada dua hukum, iaitu wajib (jika seseorang tidak mampu melaksanakan agamanya) atau sunat (jika mereka mampu melakukan melaksanakan agamanya).

Mungkin ada titik permulaan  di atas perubahan sesuatu. Penghasilan blog ini juga terdapat coretan di sebaliknya. Yang berjaya mengubah hati keras ini menejadi sedikit telap untuk menerima perubahan. Insyaallah semakin hari, hati yang keras ini akan berjaya di lentur menjadi hati yang mampan dan berkualiti . HAti yang BoleH di Ibaratkan seperti sebuah tayar....tayar tidak berguna jika ianya di perbuat drpd getah sahaja atau nama saintifiknya 1,4 polyisoprene...hehe,,sebab itulah getah sintetik di hasilkan melalui proses pemvulkanan..menjadi getah sintetik yang sgt kuat , tahan lentur dan mampu menahan daya tekanan yang begitu kuat.
Seperti getah, hati juga memerlukan bahan2 asas, sokongan dan bhn2 pengikat seperti zikrullah , mengingati mati selain drpd memenuhi hati dengan ilmu2 yang berguna dan bermanfaat. HAti juga boleh di ibaratkan sebagai sebuah sponge..bukan sponge bob yer..span yang sgt mudah mnyerap sesuatu perkara..perkara baik ataupun buruk...tetapi ia juga tidak mustahil untuk dibersihkan  dengan hanya menggunakan sabun dan air iaitu dengan bertaubat dan menginsafi dosa yang dilakukan...oleh itu pastikan kita menjaga kesucian hati..Insyaallah...

No comments:

Post a Comment