CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Israk & Mikraj

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ   (copy from Reality Alam Perkahwinan-fb)




Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
  Sebelum Israk dan Mikraj 

  Semasa Israk

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.§
Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).§
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).§
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.§
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.§
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.§
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.§
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.§
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.§
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.§
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.§
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.§
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.§

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

  Semasa Mikraj

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.i.   
Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.ii.   

iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.vi.  
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu vii.    LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, . Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.viii.  
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.ix.  
Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: x.    

Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.   
Rasulullah        :       Labbaika.
  

Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
  Selepas Mikraj 

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

(Surah Al-Israa': Ayat 1). Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.


                                    Trivia quiz...Apakah nama sculpture ini? .....

Tuesday, June 28, 2011

Cinta or Couple?

Salahkah bercinta?
 "Cinta yang dicari adalah baik,tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik."



Sudah jatuh cinta ? Jadi bagaimana?Remaja dan cinta,dua perkara yang bagaikan sudah sebati.Tidak percaya,dengarlah lagu dlm mp3 ke,radio ke..kebanyakkannya berunsurkan cinta..kan gituuu..?
 Penangan cinta ni pulak sangat la dasat...sOOOOO powerfulla katakan..x percaya?

ce cite..ce citee?
1) Romeo yg sggup mati krn JUliet
2)Qaisy yg menjadi gila krn Laila
3) dlm pantun pun ade gak....."nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan,buang emak buang saudara,kerana kasih hamba turutkan."

Rasa cinta dtg dgn tiba2 dan tanpa diundang...Men need women so do the women..walaupun kita try nk lawan & bendung,still rasa yg "ajaib" ni dtg juga...powerkan?

Ade one quote ni
" Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia. Pertama, yang sedang lapar,kedua yg sedang sakit dan ketiga yg sedang mabuk cinta"
.....coz org yg lpr da x hengat lain kecuali perutnya yg lpr,org sakit lagilaa...derita...org bercinta plk..uishh 'mabuk'...

so salahkah bercinta?
Cinta xsalah even Allah pun kurniakan rasa cinta pada kita tp pasti mempunyai maksud & tujuan..it's fitrah!(bingo!!!!!)   BUT kesalahan selalu terjadi semasa bercinta...ye kew? yes !! sbb tu la kne  follow the rules & regulations...

PERATURAN CINTA

why? sbb Allah mencintai manusia..Allah inginkan keselamatan dan  kesejahteraan manusia dlm memenuhi fitrah tabienya..if x de peraturan..jadilah kes2 CINTA TERLARANG...(cinta yg diselaputi nafsu kepentingan diri)yg  lead to korbankan diri sendiri utk cinta...smpai nk suicide pun ade..nauzubillah..benarlah pepatah arab berkata,
                                     "Manusia akan menjadi hamba kpd sesiapa yg dicintainya"

TIPS BERCINTA BERPERATURAN




"Apabila peribadi yang baik diperkuatkan dengan cinta sejati,  tenaganya akan menguasai alam semesta"

1)Hendaklah cinta itu didasarkan kepada cinta ALLAH
Adakah cukup hanya menyatakan "Kami bercinta kerana Allah",sudah cukup..?Tapi bagaimana sebenarnya bercinta dgn Allah? Caranya ialah dgn berniat utk bernikah secara sah.
Sabda Rasulullah saw..."Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah segala agamanya, tinggal lagi separuh utk disempurnakannya"...

2)Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah yg dilanggar
Antaranya tidak bergaul bebas,tidak berdua-duaan di tempat sunyi,tidak mendedahkan aurat,tidak meninggalkan solat...ini ada yg dating berjam2..solat terkoncoh2 dlm 5 minit..wallahualam..

NAK BERCOUPLE BOLE TAPI....


                 "Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan nafsu semata,sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan utk haiwan" -Al-Farabi

.............hendaklah mengikut peraturan Allah.Cth,xleh lakukan sesuatu yg psgn suami isteri boleh bt..(phm2 jela ye).Kawallah diri.Hakikat buakn utk menyekat tetapi utk dikawal. Sbg cnth,tanda2 peringatan di selekoh2 jalan,ada tanda had laju & etc. Adakah ianya sbg satu sekatan? NO...it is for the sake of our safety.

Rasulullah saw bersabda,
               "Islam bermula dgn keadaan dagang(asing) dan akan berakhir dalam keadaan dagang. Maka  beruntunglah org dagang,yg akan menghidupkan sunahku ketika org lain merosakkannya"


Maksud:bila mana kita nk menegakkan kebenaran,kita akan di lihat sbg aneh & ganjil.Namun org beriman sentiasa yakin dgn pembelaan Allah.Bagi mrk yg meninggalkan amalan couple ni,atas niat mematuhi perintah Allah,mrk sepatutnya x perlu risau utk menjadi andartu, or bimbang x dpt jodoh.

Melalui Al Quran'
             " Perempuan yang baik adalah utk lelaki yg baik.Dan lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik"   (An -Nur 24:26)

"SEORANG YANG SEDANG BERCINTA ADALAH SEPERTI PEMBURu,  JIKA YANG BURU MUDAH DIPEROLEHI,  MAKA DIA TIDAK AKAN MEMPEDULIKAN HASIL BURUANNYA LAGI"      ....wallahualam...


last but not least..i luv this both pic....


SWEET kan????? 


Appendix: Tentang Cinta(PHM)

Misteri Alam Barzakh




"Jika seorang hamba mati amalnya akan terputus kecuali 3 perkara:Sedekah jariyah,ilmu yang bermanfaat,atau anak soleh yang mendoakannya". (HR Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad dan Ahmad no 8489)


                Kematian adalah apabila roh terpisah drpd jasad.Allah s.w.t mencipta cara kematian berbeza-beza samada baik terhadap org kafir @ mukmin,jahat mahupun soleh. Jika  semua cara kematian org yg beriman dlm bentuk yg sama,spt mati ketika tidur@ duduk tanpa merasa kesakitan.Sebaliknya Allah menjadikan kematian org kafir sengsara dan menyakitkan spt dibakar ,diserang ,dibunuh secara mengejut.Ini bermakna Allah menampakkan sesuatu bersifat ghaib.
              Sama halnya dgn pembahagian  rezeki,jika semua rezeki diberikan kpd org beriman,pasti semuaorg kafir akan beriman semata2 utk mendptkan rezeki...Oleh itu Allah menjadikan kematian bersifat lahiriah shj..

"Dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu,tetapi kamu tidak melihatnya"(Al-Waqi'ah:85)
Ayat ini menyatakan Allah lebih dekat dgn org yg mati drpd org yg berada disebelahnya..


              Ada byk hadis menyatakan,jika ada org beriman yg merasakan kesulihatan ketika mati ,itu akan menjadi penebus dosa-dosanya.Jika Allah mentakdirkan seseorang mati kerana dibunuh,di bakar,ia telah mendapat syahid kecil namun bukan syahid besar yg mati di medan peperangan,


"Janganlah kamu menyangka bahawa orng2 yg gugur di jalan Allah itu mati,mereka itu hidup di sisi Rabbi-nya dengan mendapat rezeki".(Ali Imran:169)





"Mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh.Yang sakit perut mati syahid,yang tenggelam syahid,yang sakit pinggang syahid,yang ditikam syahid,yang terbakar syahid,yang mati di bawah runtuhan syahid,dan wanita yang mati kerana hamil syahid" (HR Ibnu Hibban.no 1398)


         Allah memberikan pahala syuhada kpd orng yg merasakan kesakitan ketika kematian.Misalnya org yg mati kerana penyakit yg menyerang perut atau mempertahankan harta atau kehormatannya.